Kembali ke Britain Robert Owen

Potret Owen oleh John Cranch, 1845

Walaupun Owen membuat lawatan sekali-sekala ke Amerika Syarikat, London menjadi tempat kediaman kekal dan pusat kegiatan beliau pada tahun 1828. Selepas perselisihan yang berlarutan dengan William Allen dan beberapa rakan perniagaannya yang lain, Owen memotong semua pertaliannya dengan New Lanark. [31] Kata-katanya sering dipetik dalam komen oleh Allen pada ketika itu, "Seluruh dunia sangat gila kecuali kau dan aku, sungguhpun kau lebih gila sedikit". Setelah melaburkan sebahagian besar harta pribadinya dalam percubaan komunal New Harmony yang gagal, Owen tidak lagi menjadi kapitalis kaya. Walau bagaimanapun, beliau tetap mengetuai usaha propaganda yang kuat untuk menggalakkan kesetaraan perindustrian, pendidikan percuma untuk kanak-kanak, dan keadaan hidup yang mencukupi di bandar-bandar kilang. Di samping itu, beliau menyampaikan kuliah di Eropah dan menerbitkan sebuah akhbar mingguan untuk meraih sokongan untuk idea-ideanya.

Pada tahun 1832, Owen membuka sistem National Equitable Labour Exchange (Pertukaran Buruh Saksama Kebangsaan),[34] sejenis mata wang berasaskan masa yang mana pertukaran barang dilakukan secara 'wang kertas buruh'; sistem inilah yang mengatasi kaedah pertukaran dengan orang tengah yang lazim digunakan. Pertukaran London berterusan sehingga 1833; satu lagi cawangan di Birmingham dikendalikan hanya beberapa bulan sehingga Julai 1833. Owen juga terlibat dalam kesatuan sekerja. Beliau secara ringkas berkhidmat sebagai pemimpin <a href="https://en.wikipedia.org/wiki/Grand_National_Consolidated_Trades_Union" rel="mw:ExtLink" title="Grand National Consolidated Trades Union" class="cx-link" data-linkid="337">Grand National Consolidated Trade Union</a> (GNCTU) sebelum runtuhnya pada tahun 1834.

Sosialisme mula-mula menjadi istilah am British menerusi perbincangan <a href="https://en.wikipedia.org/wiki/Association_of_all_Classes_of_all_Nations" rel="mw:ExtLink" title="Association of all Classes of all Nations" class="mw-redirect cx-link" data-linkid="339">Association of all Classes of all Nations</a> (Persatuan Semua Kelas Semua Bangsa) yang ditubuhkan dan mula-mula dipimpin oleh Owen dibentuk pada tahun 1835.[35][36] Pandangan sekular Owen juga cukup berpengaruh di kalangan kelas pekerja sehingga jurnal Westminster Review pada tahun 1839 mengibaratkan prinsip-prinsip Owen sebagai sebahagian besar anutan sebenar mereka.[37] Walau bagaimanapun, menjelang 1846, satu-satunya hasil yang berkekalan daripada perjuangan Owen untuk perubahan sosial yang dijalankan secara mesyuarat awam, risalah, terbitan berkala, dan lain-lain karya, tidak lain tidak bukan gerakan koperasi, bahkan itu pun seolah-olah telah runtuh sepenuhnya pada suatu ketika. 

Rujukan

WikiPedia: Robert Owen http://www.answers.com/topic/1828?cat=technology#h... http://www.fotolibra.com/gallery/1305183/robert-ow... http://www.online-literature.com/forums/showthread... http://www.archive.coop/collections/personal-paper... http://faculty.evansville.edu/ck6/bstud/robtowen.h... http://socialarchive.iath.virginia.edu/ark:/99166/... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://bioguide.congress.gov/scripts/biodisplay.pl... http://aleph.nli.org.il/F/?func=find-b&local_base=... http://data.bibliotheken.nl/id/thes/p068459211